Kelab Pemilik Perodua Viva Malaysia ditubuhkan untuk mengumpul semua pemilik Perodua Viva di negara ini.Tujuan kelab ini ditubuhkan bukan sahaja mengumpul pemilik-pemilik Perodua Viva sahaja tetapi untuk berkongsi maklumat tentang penjagaan kenderaan,pusat servis yang bermutu,alat ganti yang terbaik dan juga aktiviti riadah.Ahli-ahli kelab juga dapat berkenalan dan berkonvoi melalui acara-acara yang bakal dianjurkan oleh pihak kelab ataupun pihak luar yang menjemput untuk menyertai acara mereka.Dari sini ahli-ahli juga dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama sendiri dan berpeluang mengenali lebih ramai kawan di Malaysia.
Untuk maklumat lebih lanjut,sila layari www.vivaownersclub.net